Monday, February 22, 2010

terasa nak cakap..

masa: 11:15am
tarikh: 22 feb 2010
lokasi: irk lab

bismillah...
salam kpd semua pembaca (kalau ada yang baca..)
dah lama juga rasa'y y tuan tanah alam maya ni tak berceloteh di blog sendiri..
tiba-tiba di waktu yang agak lapang ni tuan tanah rasa nak bercakap (tanpa manghasilkan bunyi)

macam2 perasaan dan cerita yang ingin di kongsi bersama. tapi nak kata seronok sgt tu tak la kot. biasa2 je. tapi yang pasti tuan tanah mmg sangat gumbira..hehe
khamis lepas b'samaan 18 feb 2010, tuan tanah ada join sebuah teater yang m'gunakan unsur puisi+drama = puisidra. berlakon sebagai jejaka kampung..hehe
Alhamdulillah dapat sambutan drpd warga uia dan b'jalan dgn lancar'y..

berbicara pasal perasaan, macam2 rasa yang di rasa sejak akhir2 ni..
kalau anda2 semua perasan, puisi2 yang di post adalah nukilan yg lahir dr hati sendiri dan juga drpd pengamatan sekeliling.
nak kata tuan tanah bercinta?? owh... tidak2... belum lagi dan lmbat lagi..
harap jangan salah faham ye..
memang la tepat tafsiran anda jika sekira'y anda mentafsirkn puisi2 sy b'unsurkan cinta..
tp itu hanyalah inspirasi yg terkurnia semata..
kalu ada kaitan dgn tuan tanah pun sikit2 je..hehe

hrmm.. ok la, rasanya setakat ini je dulu apa yang boleh dikongsikan buat sementara waktu ini..
kalau ada masa, Insyaallah akan ada lebih byk cerita yg bakal dikongsi..

tinggal dulu..
salam.....

Friday, February 5, 2010

Jalan Yang Berliku



Berlikunya jalan ini,

Ku tempuh penuh kesabaran.

Tangis dan hiba menjadi peneman setia.

Jerih dan duka menjadi pancaragam kehidupan.

Teguhnya kaki ini berdiri,

Entah bagaimana terjatuh jua.

Namun, ku gagahkan juga agar langkah tidak pernah kan mati.

Berkecamuknya fikiran ini,

Akan ku rungkai menjadi benang-benang ketenangan.

Dalam sujud sejadah,

Ku luahkan segala rasa agar bertemu cahaya syurga.

Namun, rintihan bukanlah satu keluhan.

Hanya mengharap satu sandaran,

Agar tidak tersungkur di tengah jalan.




hasil nukilan: asrul mohamad
tarikh: 5.2.2010

Di Mana Khalifah?


di mana khalifah?

Bumi terkadang beku dengan kebisuan

terkadang riuh dengan kebodohan,

alpa tanpa tuju hala.

mengharap sorotan mentari,

yang melingkari tubuh bumi.

Namun, hanya metafora menyucikan

kehinaan tubuh berdaki itu.

Di mana khalifah?

Lemaskah dia di dalam gelombang tipuan?

Bangkitlah, kelazatan duniawi

menghidangkan pelbagai noda,

tidak terpadamkan hujan nafsu diri

sejauh mana bertahan bahtera ini,

membelah samudera?

Mampukah berdirinya sang khalifah?

Atau hanya meronta dalam gelap hatinya.




hasil nukilan: asrul mohamad
tarikh: 5.2.201







nota: terima kasih buat insan bergelar pak hadi atas kesudian untuk membaik pulih puisi asal yg serba cacat ini.

Wednesday, February 3, 2010

Irama Yang Sunyi



syahdunya lafaz cinta,

meronak seribu rasa.

sayunya kata rindu,

membuak sejuta sendu.

alunkan irama ini,

meskipun terlalu sunyi.

penyedap rasa hati yang lara.

titis hujan merentak gelora.

dendangan rimba melontar gemuruhnya jiwa.

ceritera alam melaungkan indahnya sanubari.

 paluan ombak meluahkan debaran hati.

satukan.
biarkan alunan mesra ini menjadi satu.

menjadi sebuah irama yang sunyi.
 





hasil nukilan: asrul mohamad
tarikh: 3.2.2010

Ceritera Sang Rembulan


tirai malam tidak akan melabuhkan sinarnya,

selagi tidak terbitnya mentari pagi.

meskipun sinar rembulan itu pudar,

namun tidak pernah gentar untuk menerangi.

malam yang kelam,

diberikan cahaya buat yang yang buta.

malam yang sunyi,

dikurniakan bisikan syahdu buat yang tuli.

malam yang kelu,

dianugerahkan lafaz sendu buat yang bisu.

dialah peneman yang setia,

tanpa perasaan jemu dihurung duka..

namun, tiba masa akan lenyap dimamah sinar mentari.

begitulah roda kehidupan yang berputar,

mengunjung setiap penjuru masa,

melakar seribu ceritera..




hasil nukilan: asrul mohamad

tarikh: 3.2.2010