Sunday, July 18, 2010

ronta palestina

Silammu sejarah yang agung
Menjadi penjuru segala petunjuk
Lahirmu dengan pahlawan terbilang
Menghunus jasa berpaksikan tauhid
Menujah bakti bertiangkan iman
Namun, sejarah tinggal sejarah
Semakin luntur dan mereput

Hari ini bumimu diperkosa dan dirobek
Diludah dan dihina si bangsat laknatullah
rakusnya makhluk bernafsu serakah ini
melemparkan berjuta malapetaka duniawi
mengontangkan lautan damai
mengocak tasik kehidupan
yang tinggal duka yang hiba

gemersik pasir mengalun irama rintih
mengeluh hiba menghambur duka
langit menghujan petaka maut
menerjah segenap isi bumi palestin
laungan dan pekikan menjadi akrab
menjadi teman keperitan abadi
idealisme benci menjadi pegangan
bermanifestasikan kebongkakkan
sehingga menjerut mati kemanusiaan
memercikkan darah keringat

meskipun hari ini tumpas di tangan lawan
bukan bererti satu kekalahan
haruman syurga buatmu syahid perjuangan

Saturday, July 3, 2010

Cinta yang sempurna


Cinta datang tanpa pernah diundang,
Tersentuhnya jiwa tika ada yang singgah,
Membawa sinar pelangi yang indah.
Rasa yang pernah mati kini hidup kembali,
Dibajai rasa sayang yang sejati.
Langkah yang pernah kaku,
Kini pantas melangkah dan terus berlari,
Mengejar sebuah cinta yang hakiki.
Ku capai dan ku dakap erat pelukan asmara,
Moga tidak melayang menjadi kabus di alam maya.
Ulitan cinta tidak akan pernah terhenti,
Selagi hujan kasih tidak henti mncurahi.
Namun, apakan daya cinta manusia semata,
Entahkan teguh entahkan rapuh.
Hanya mampu ku berdoa,
mengharap sebuah cinta yang sempurna,
sebagai sandaran hidup selamanya.

Bicara Hati

Suara hati suara yang sunyi,
Memohon kasih seikhlas sanubari.
Cerita ini bukanlah cerita yang hakiki,
Kelak terpadam tanpa disedari.

Bukan simpati yang ditagih hati,
Tetapi keihklasan memberi oleh yang sudi.
Meskipun rintihan tidak sering didengari,
Namun mengharap ada yang mengamati.

Rajuk di hati tiada siapa yang mengerti,
Hanya jiwa mengeluh tanpa suara pasti.
Rebahnya hati tatkala sunyi,
Mengharap mati akan datang sendiri.
Matikanlah hati jika semua akan memahami,
Andai itu termaktub buat si hati.

AT LAST....

masa :02.27am
tarikh:30 Jun 2010
lokasi: ceruk dapur rumah (mencari ruang bercahaya)

bismillah....
assalamualaikum wbt,
hurmm,,, pertama2 sekali tuan tanah nk minta maaf byk2 kpd semua yg mengikuti blog ini.
rasa bersalah yg amat sgt pd smua dn juga dri sndri sbb dh lama tak jenguk blog ni.
haiii.. apa la tuan tanah ni kan, biakn blog ni terus lumpuh bak kata cik mocha..hehe
rasa2nya hmpir terkubur dah. tp Alhamdulillah mlm ni (dah pg dh) tiba2 dtg 1 kesedaran dri yg tuan tanah tak sepatutnya biarkn blog ni begitu je.


rasanya mmg wajar dah diri ini dilabel sbg hangat2 tahi aym.. ntah2 dah mnggelegak dh tahi aym 2.huhu
saat ini. saat2 tuan tanah dihurung nyamuk2 yg sudah sperti zombi yg dahagakn darah lagaknya, dapat la nk melahirkn sesuatu lepas berbln lamanya blog ni tak diupdate..


sebenarnya tak ada apa sgt pn yg boleh dikongsikan pada umum.
post kali ni lebih kpd nk tnya kabar n ziarah blog sndiri je..hehe
moga2 lepas ni tuan tanah akn buang jauh2 sikap mlas yg makin mnjadi2 n menular hebat dlm diri ni. hurmm.. doakn la tuan tanah ni jd lebih rajin ye..
pada yg membaca, trima ksh la diucapkan kerana masih sudi nk ziarah blog ni..
mesti korg2 igt blog ni dh mati kan...haha


seboleh-boleh2nya, tuan tanah xnk la blog ni jd mcm segelintir blog2 yg mati o kecundang d pertengahan jln.. i gotta fight, fight, fight for this blog!!


rasanya sekian dulu la ye..
wassalam....