Saturday, July 3, 2010

Cinta yang sempurna


Cinta datang tanpa pernah diundang,
Tersentuhnya jiwa tika ada yang singgah,
Membawa sinar pelangi yang indah.
Rasa yang pernah mati kini hidup kembali,
Dibajai rasa sayang yang sejati.
Langkah yang pernah kaku,
Kini pantas melangkah dan terus berlari,
Mengejar sebuah cinta yang hakiki.
Ku capai dan ku dakap erat pelukan asmara,
Moga tidak melayang menjadi kabus di alam maya.
Ulitan cinta tidak akan pernah terhenti,
Selagi hujan kasih tidak henti mncurahi.
Namun, apakan daya cinta manusia semata,
Entahkan teguh entahkan rapuh.
Hanya mampu ku berdoa,
mengharap sebuah cinta yang sempurna,
sebagai sandaran hidup selamanya.

5 comments:

  1. sapelah org bertuah tu. hehe.

    ReplyDelete
  2. indahnye kasih syg itu...
    smga berbahagia...

    ReplyDelete
  3. najad> bertuah ke?haha

    anonymous> ramai yg m'idam ksh syg sedemikian rupa, namun tiadalah pasti kan bhgia selamanya..huhu

    ReplyDelete
  4. sape yg xnk bahagia...
    melihat kebahagiaan org yg tersyg lg indah dan bermakna walau kebahagiaan diri sndri terpaksa diperjudikn....

    walau kebahagiaan itu hnye sementara,ttp harus bersyukur..sekurang2nye diri sempt merasa bahagia...

    ReplyDelete
  5. anonymous> tp setiap org berhak mendapat bahagia, jgn kerana manusia kita merana.. carilah bahagia, kerana itu sesuatu yg pasti buat kita!=)

    ReplyDelete