Sunday, October 31, 2010

nk sangat, hamek!!

auummmm!!!


beliau fatin norhasny, anak kepada pk cik leman. 
dari dulu lagi asyik mintak dipublish gambar beliau di blog ini.
sekali sekala apa salahnya tunaikan permintaan beliau bukan?
kpd fatin hasny, hamek kau! puas hati??hahahaha (aku yg puas hati sebenarnya)
tujuan sy bukanlah ingin memalukan beliau, tapi ingin berkongsi apa ertinya sahabat. 
beliaulah sahabat, beliaulah kakak, beliaulah teman yg bole dijadikan teman utk beronggeng, berbongek & merendek bersama2
nak tau fakta menarik tentang wanita ini?? check this out:

1) selalu loading memanjang, tp boleh dikategorikan student yg pndai
2) mulut emas aka perosak bahasa! selalu tersasul2!
3) ofcoz la, sahabat yg baik!
3) gila2 orangnya!
4) kuat makan ( tgk je gambar di atas anda akan faham!)
5) suka berlagak dengan duitnya yg byk tu kononnya
6) pencinta dan penjakun DSLR yg sejati (tp entah bila la nk ada sendiri punye..hahaha)
7) minat benor dgn kura2
8) masih single!

*byk lagi yg aneh2 pasal makhluk ni sebenarnya! 
anda berminat?? sila hubungi sy dgn segera!hehehehe

p/s: apa2 pn aku sayang kau fatin! kau la sahabat aku dunia dan akhirat! (^_^)

aku tak perlu kau


kau kata kau cinta
kau cakap kau sayang
kau bilang kau rindu 
kau terjerit-jerit memanggil aku

kalau cinta kenapa kau bisu?
kalau sayang kenapa kau tuli?
kalau rindu kenapa kau kaku diri?
mana jeritan merdu kau?
dah jadi sumbang kini?

aku diherdik keras
aku dihina, dicaci, dimaki dengan keji
kenapa kau biarkan?
kenapa biar aku direjam kata kejam?

sakit, perit, pedih, perih
sudah bernanah
busuk yang amat
bukan tubuh
tapi jiwa aku!

aku merintih di suatu sudut
anganku ku kau datang dengan bantu
mencampak sedikit belas
menghulur sedikit ihsan
memberi sedikit kasih

ah, aku x heran!
kau ingat kau hebat?
aku tak perlu itu semua
aku tak perlu kau
aku bisa hidup lagi
aku masih bernafas rancak
hati aku dah menebal
jiwa aku dah kalis
batin aku dah membatu
semua bisa ku harung
walau kau hilang di sisi



asrul mohamad
31.10.2010
03:36am-02:06pm

dia

dia suka sebab dia suka
dia benci sebab dia benci
tak perlu persoal setiap segala

biarkan dia begitu
sewajarnya dia sebegitu
itu dunia dia
cerita dia
mimpi dia
angan dia
tak perlu sibuk mengatur segala
yang pasti semuanya ada

dia dengan dunia dia
kau dengan dunia kau
tak perlu terhegeh-hegeh
biarkan dia sendiri
menentu apa yang pasti
buruk baik tanggung sendiri
pahit manis nikmati sendiri
sayang benci alami sendiri
hidup mati rasa sendiri

kerana itu dia
nafsu dia
mahu dia

asrul mohamad
31.10.2010
03:14am

kosong

kosong!

tiada apa
taida bunyi
tiada bau
tiada rasa
ya, tiada apa!

aku seperti tiada dalam ada
ketiadaan yang membeku, membisu, mengkaku
sehingga aku jadi buntu

terperangkap dalam bisu yang bingit
aku benci
serasa mahu mencaci, memaki
kerana tiada yang bisa mendengar pasti

oh Tuhan,
bisikkan satu bunyi
aku tak tahan lagi
hidup kosong sebegini
sunyi menyelimuti
seakan mahu saja aku mati


masih tiada apa
masih tiada bunyi
masih tiada bau
masih tiada rasa
ya masih tiada apa!

aku berteriak sendiri
meski kaku menemani
tatkala takut menyelubungi
mahukah aku mati?
bukan..
ya, bukan.
aku mahu sesuatu yg pasti
aku mahu kosong terisi!


asrul mohamad
31.10.2010
01:24am

Saturday, October 30, 2010

mula menari-nari dengan senyuman

opss!! jangan salah sangka..haha. bukan tuan tanah yang menari-nari, sebaliknya pena bermata tajam tuan tanah yang kini mula menari2 dengan ghairahnya di atas kertas. buku pula tersengih-sengih macam kerang busuk sampai tuan tanah pun turut jadi macam kerang busuk. itu tandanya tuan tanah akhirnya sudah mula sedar diri untuk memulakan ulang kaji yg sewajarnya telah lama dimulakan. tp tak apa, lebih baik sedar lambat daripada tak sedar lanngsung bukan?? teringat kata2 cik laiqa moqa kita "agi idup agi ngelaban, selagi hidup, jgn meraban!!" 

erm, itu juga merupakan alamat bahawasanya, tuan tanah akan mengurangkan aktiviti yg tidak berkait seperti blogging, facebooking dan sebagainya! perlu diingatkan, tuan tanah cuma mengurangkan sahaja, bukan meninggalkan!hahaha. apalah erti asrul mohamad tanpa itu2 semua. 

ok lah, sampai sini saja dulu, buku2 yg tersenyum lebar sedang memanggil tuan tuan tanah untuk mengulit manja beliau2 tersebut. sampai ketemu lagi ya!

salam w.b.t....

beliau tersenyum dgn lebar bukan??


Thursday, October 28, 2010

bila hari berpuaka nak tiba..



tengok sekeliling seraya bersabda:

babak pertama: haiiii... (mengeluh) kotornya bilik aku ni! tak boleh jadi ni.. (cepat2 capai batang penyapu, alihkan semua barang yg patut, kemudian terus menyapu, mengelap, mengemas, menyusun sampai puas hati..)

babak kedua: haiiii... (mengeluh lagi) banyaknya baju x basuh.. (cepat2 kumpulkan baju kotor, cuci, jemur)
babak ketiga: haiii... (mengeluh lg sekali) kasut2 ni dh lama dah aku biar tak berbasuh.. (cepat2 bawa pergi toilet, sental, berus sampai puas hati lepas tu jemur)

babak keempat: haiii... mengeluh buat kali terakhir barangkali) penatnya 1 hari suntuk membuat "kerja2 bilik".. rasa nk berehat-rehat la pulak.. (cepat2 buka laptop, pasang lagu kuat2, berfacebook pula)

begitulah bila final exam dh dekat, ada je timbul aktiviti yg tidak berkaitan yg rasa sgt seronok utk dikerjakan.. buku?? study?? jauh sekali nk usik...huhu
sampai ke saat ini, tuan tanah masih lg seronok2 berfac
ebook, dan yg terbaru bukan main rajin lg nk mengupdate blog ni..hahaha

bangun asrul!! bangun!! sudah2 la tu dulu..
lupakn dulu kerja2 yg tidak berkait..
pergi mentelaah buku2 yg bertimbun dan tersusun rapi di rak 2 cepat!!


owh~~~ i see!!


last October 21st, 2010 uia became a host for:
OiC -Islamic Conference of Ministers of Higher Education and Scientific Research and Delegations

and what i was doing there?haha.. i was 1 of the student representatives during that day. it was fun to have this kind of great opportunity and get along with the well known people around the world (almost). my friends and i had a very great time together and pretended as if we were also some part of the delegations!hahahaha
these pictures clearly shown how verangan we were at that time!!hahaha


cultural unit team


verangan couple

CAC presenting...


some of the participated countries


yummy2!!


they r such kind lecturers


performances by cultural unit


delegations from malaysia katanya!


datuk, datin and their discussions!


again..delegation from malaysia


datin2 sekalian..


r they lost??


ooohh.. there u go...the architects katanya!


p/s: special thanks to cultural unit and miss zack zayana for giving me this chance to join u guys! *wink2*

final exam!!

juz a couple days to go, final exam will officially begin!
to all my friends, the best of luck to u guys ok! and for me, im juz hoping for ur prayers and wishes for my success. whatever it is, study smart ok..('',)y

see ya in exam hall! luv ya!!




subjects for this semester:

comparative politics

sciences of hadith

study circle 2 (halaqah)

intermediate Quranic for HS (3)

intro. to psychology

sciences of Quran

Islamic aqidah