Sunday, October 31, 2010

kosong

kosong!

tiada apa
taida bunyi
tiada bau
tiada rasa
ya, tiada apa!

aku seperti tiada dalam ada
ketiadaan yang membeku, membisu, mengkaku
sehingga aku jadi buntu

terperangkap dalam bisu yang bingit
aku benci
serasa mahu mencaci, memaki
kerana tiada yang bisa mendengar pasti

oh Tuhan,
bisikkan satu bunyi
aku tak tahan lagi
hidup kosong sebegini
sunyi menyelimuti
seakan mahu saja aku mati


masih tiada apa
masih tiada bunyi
masih tiada bau
masih tiada rasa
ya masih tiada apa!

aku berteriak sendiri
meski kaku menemani
tatkala takut menyelubungi
mahukah aku mati?
bukan..
ya, bukan.
aku mahu sesuatu yg pasti
aku mahu kosong terisi!


asrul mohamad
31.10.2010
01:24am

12 comments:

  1. isikanlah kekosongan itu dgn sesuatu yg abadi. sesuatu yg pasti. kerna kita takkan pernah rugi.

    kadang2 kita tak pernah jumpa apa yg kita cari.
    kerana ia sudah sedia ada, cuma kita sendiri tidak menyedari.

    ReplyDelete
  2. read my blog. i wrote about this to0 =)

    ReplyDelete
  3. what yours?
    give me your link..

    ReplyDelete
  4. anonymous 1> thnx 4 de respond!
    btw, sy menulis tinta ini bknlah berdasarkan apa yg sy rasa. terilham drpd sebuah lagu!hehe

    anonymous 2> mind 2 share? i wud like 2 read it..=)

    p/s: i wish all anonymous can introduce themselves every time they give their comments.=)

    ReplyDelete
  5. anonymous 1: apa yg terilham itu kadang2 serba sedikit lahir dari rasa yg ada dlm diri kita sendiri.biar la identitiku tidak diketahui buat masa ini..

    ReplyDelete
  6. anonymous 1> ok, sy hormat je kputusan anda..=)
    ya, lahir dr saya, disaat lagu itu berkumandang..haha

    ReplyDelete
  7. thanks.. :)
    puisi yg baik

    ReplyDelete
  8. bunyi apa yang kau tunggu?
    nyanyian hati seorang yg ikhlas menghiburkan dirimu?
    atau nyanyian yg dapat mengisi kekosongan hatimu itu?

    bahasa pena yg ringkas tetapi ada makna yg tersirat...:)

    Qirabella

    ReplyDelete
  9. bukan bunyi yg biasa2,
    bkn bunyi yg seronok2,
    tp alunan merdu,
    alunan petunjuk yg hakiki!

    terima kasih qirabella..=)

    ReplyDelete
  10. iya, alunan lembut yg hakiki yg mendamaikan hati..
    kekosongan itu pasti terisi suatu hari nanti.. :)


    Qirabella

    ReplyDelete
  11. insyaallah, sesuatu yg pasti itu mmg pasti!
    =)

    ReplyDelete