Sunday, October 31, 2010

aku tak perlu kau


kau kata kau cinta
kau cakap kau sayang
kau bilang kau rindu 
kau terjerit-jerit memanggil aku

kalau cinta kenapa kau bisu?
kalau sayang kenapa kau tuli?
kalau rindu kenapa kau kaku diri?
mana jeritan merdu kau?
dah jadi sumbang kini?

aku diherdik keras
aku dihina, dicaci, dimaki dengan keji
kenapa kau biarkan?
kenapa biar aku direjam kata kejam?

sakit, perit, pedih, perih
sudah bernanah
busuk yang amat
bukan tubuh
tapi jiwa aku!

aku merintih di suatu sudut
anganku ku kau datang dengan bantu
mencampak sedikit belas
menghulur sedikit ihsan
memberi sedikit kasih

ah, aku x heran!
kau ingat kau hebat?
aku tak perlu itu semua
aku tak perlu kau
aku bisa hidup lagi
aku masih bernafas rancak
hati aku dah menebal
jiwa aku dah kalis
batin aku dah membatu
semua bisa ku harung
walau kau hilang di sisi



asrul mohamad
31.10.2010
03:36am-02:06pm

14 comments:

  1. jangan merintih pada yg salah.
    jangan mengadu pada yg xsudi.
    jangan menanti pada yg tak hargai.

    ReplyDelete
  2. terima kasih!
    saya masih mencari tajuk yg sesuai utk tinta ini..
    sebarang idea bolelah berkongsi..=)

    ReplyDelete
  3. saya tak berapa suka dgn post anda kali ini.
    seperti anda sdng berdendam dan berada dlm kekecewaan.
    tp bahasa tinta yg mudah utk diresapi dan difahami.

    jgn kejam kerana duka..

    ReplyDelete
  4. ya, sengaja sy menonjolkan perasaan sedemikian rupa.. kadang mahu keluar dr kepompong yg baik2 saja.. tp itu bukanlah memaparkan kebencian dlm diri sy.. tiada dendam, tiada kecewa dlm diri sy..=)
    bg sy, sbg penulis kita perlu meresapi watak yg pelbagai, bkn dtg dr diri penulis semata..=)

    ReplyDelete
  5. ye..harus pelbagai dlm penulisan.

    ReplyDelete
  6. cinta itu indah.. bukan utk merasa sakit,perit,pedih,perih...

    kelak, akan ada yang menunjukkan erti cinta yg sebenar itu kpdmu..cinta adalah seni yang menghidupkan yg hidup..

    puisi kali ini lebih terserlah emosinya. rasa marah dan kecewa dapat dirasai pembaca. teruskan berkarya..

    salam pena:Qirabella

    ReplyDelete
  7. terima kasih!=)
    benar, namun tak semua akan merasa cinta seindah itu. apabila cinta berjanji kosong semata, hanya derita yg membuah....

    ReplyDelete
  8. iya.. maka carilah cinta yang sejati.. cinta yg akan membuatkan dirimu sentiasa rasa indah..

    sudah lama tidak mengasah pena, kali ini datang dengan pelbagai emosi. syabas..

    Qirabella

    ReplyDelete
  9. emosi yg mbuak2..ati2..jgn smpy trbawa ke alam hidup sehari2..biar stakat di hujung pena mlakar karya ats nme seni..
    mola

    ReplyDelete
  10. qirabella> ketika mencari, pasti bertemu.. apa yg diketemu tak semestinya sejati.. inilah kehidupan, kadang putih kadang hitam, kadang suka kadang duka.. terima kasih, semua komentar anda memberi inspirasi!=)

    mola> mudah2an.. jika bisa, biarlah emosi terlakar ini menjadi 1 titik kisah yg sudah berpenghujung... terima kasih atas peringatan!=)

    ReplyDelete
  11. ko da jmpe tajuk yg sesuai? cdgn ak.. 'ak tak perlu kau'

    ReplyDelete
  12. ur welcome..hee(*_*)

    ReplyDelete
  13. 'aku tak perlu kamu'

    lagi lembut..

    ReplyDelete