Tuesday, November 30, 2010

kena tagged

tak pasal2, tuan tanah kena tagged dengan acan ketot (moyang) dan perlu buat benda alah ni yang tak tau nak dipanggil apa.
walaupun pelik, tapi best pulak. nah, ni la hasilnya----->


1. If someone says 'This is okay?' you say...
Biarlah rahsia - dato’ siti nurhaliza
“Maaf, saya tak boleh bgtau”

2. How would you describe yourself?
Laskar pelangi - nidji
“Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia”

3. What do you like in a girl/guy?
Harusku yang pergi – riz af
“Tak2.. jangan tinggalkan saya, saya tak suka tu”

4. How do you feel today?
Penakut- yuna
“Bukan hari ni je, tapi hari2”

5. What is you life's purpose?
Tolong ingatkan aku- ana rafali
“Manusia selalu lupa, harus saling mengingati”

6. What's your motto?
Everything I do (I do it for u)- bryan adams
“lillahi taala”

7. what do your friends think of you?
If ain’t got u- alica keys
“huh? What u guys gonna do?? no!!”

8. What do you think of your parents?
Always be there- maher zain
“Alhamdulillah, love them so much!!”

9. What do you think very often?
The graduation song (friends forver) – vitamin c
“yeah..been thinking bout that lately, but those moments last forver!”

10. What is 2+2?
Dua jiwa- dakmie
“eh, nombor yang sama pulak! Soalan ni kena tukar 1+1”

11. What do you think of your best friend?
Bisakah- siti nurhaliza
“setiap manusia selalu buat salah, harus saling bisa memaafi”

12. What do you think of the person you like? 
Open your eyes- maher zain
“Everything is in front of you.. do appreciate those things ok”

13. What is your life story?
Allah-Allah-kiya-karo- maher zain
“Keep on thinking and pondering”

14. What do you want to be when you grow up?
The Chosen one- maher zain
“we r special, we r the chosen ones!”

15. What do you think of when you see the person you like?
Barak Allah- maher zain
“marriage?? Oh no!!haha”

16. What will you dance to at your wedding?
Kekanda adinda- monoloque ft atilia
“sweet kapel nih!”

17. What will they play at your funeral?
Gadis semasa- yuna
“heii, aku dah mati la.. tu semua bukan urusan aku lagi!”
*confirm org kat kubur tu lari lintang pukang”

18. What is your biggest fear?
Hanya kerana cinta- aril af, hafiz af, ayu oiam, tini, azura
“cinta itu buta, juga boleh membutakan.. carilah cinta yg hakiki”

19. What is your biggest secret?
Be what u wanna be- darin zanyar
“now u know already, so wat r u waitin 4??”

20. What will you post this as?
Inilah cinta- akim
“tafsiran cinta yg lain dari yg biasa-biasa”


yang seronoknya, most of the questions are juz suit with the current songs played!
apa kata korang pun try jugak buat ni...
it is very therapeutic! 
ni insan terpilih dari tuan tanah: kak shima, najadlaiQa 

Syarat: bukak media player > lagu yang tengah 'play' is answer for no 1 > next song for answer no 2 > dan seterusnya > last skali tag member-member

Saturday, November 27, 2010

tak terlihat, tapi ada

udara itu masih lazat.
sepuasnya aku hirup.
masih enak untuk aku ratah 
meski tanpa lauk yang punya rasa
kadang kesesakan datang menggomol 
sehingga tercungap untuk yang jernih
aku tetap teruskan
bertarung hebat melawan yang sedikit hina
kerana aku tahu
masih ada zarah suci yang sudi berlegar sama
cuma perlu diasing sedikit sisa yang terkial-kial
berapungan bersama daki yang masih solid 
jika bisa, akan ku luntur
lumut yang bergerak bebas 
menjalar liar pada dinding-dinding maya
tak terlihat, tapi ada



Friday, November 26, 2010

bila yang indah itu khayalan cuma

pernahkah anda bermimpi utk hidup bermewah-mewah berseronok-seronok? sudah tentu bukan? kerana itulah manusia yang sentiasa inginkan keseronokan abadi, jauh dari segala sengsara dan derita yang datang bertubi-tubi. tentu sekali jika diberi pilihan, kita akan memillih hidup yang penuh keindahan dan kedamaian sepanjang masa. bagi tuan tanah sendiri, sama seperti insan2 lain yg punya mimpi dan angan2 yang tinggi menggunung. tapi kehendak dan situasi yang diimpikan mungkin berbeza. seperti zaman kanak2, keinginan untuk punyai keistimewaan yg sangat khayal menjadi idaman. lebih mudah, tuan tanah ingin sekali memiliki kehidupan yg penuh magis dan misteri. semua ini pastinya tidak lain dan tidak bukan untuk keseronokan yang nyata lagi jelas. cakap yg lain, agar hidup semudah ada kadabra, expecto petronum, stupify (harry potter) dan lain2. sebut saja mantera tersebut, maka termakbul segala kehendak termasuklah yg bukan2 barangkali. tentu sekali aneh untuk diterima akal yg waras. masakan perihal seumpama itu bisa terjadi bukan? itulah dia khayalan yg sering dimain-mainkan dan legar-legarkan dalam benak fikir ini. 

tetapi jika difikirkan, kenapa itu semua tidak terjadi? tentu sekali ada musabab disebalik perihal tersebut. cubalah kita bayangkan jika hidup semudah A,B,C atau 1,2,3 manalah letaknya erti cabaran dan usaha? haruskah dikhazafkan peribahasa2 ini- usaha tangga kejayaan, kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya dan lain2 yg seumpama dengannya. terbukti tiada keindahan mutual yang bisa bergolek datang dengan sendiri. 

tidak dinafikan, keindahan yang abadi itu sememangnya wujud, tetapi usaha perlu seiring demi mencapai makna sebenar keindahan hakiki. kita pasti akn tersenyum lebar melihatkan keindahan yang dicapai dalam pelbagai bentuk dan rupa apabila terkenang kembali usaha gigih yg telah kita taburkan. supaya tumbuh subur dan meliar seterusnya dapat kita tuai hasilnya dengan penuh rasa kesyukuran. pada mereka yang sering mengeluh apabila semaian mereka tidak menjadi, cuba fikirkan kembali sudah cukupkah usaha yg ditaburkan, periksa kembali benih gred apa yg disemai, baja apa pula yg digunakan....



Saturday, November 20, 2010

ingin sekali memencil diri

hari terus berlalu, aku semakin kaku dengan segala yg berlaku. semua ini terlalu berat bg aku, tapi tiada lain yg harus ku lakukan selain harus aku tempuh. kadang2, hati aku kuat mengatakan dunia semakin tidak berlaku adil, hati aku kadang menjerit2 memekik yg keadaan memaksa aku jadi begitu. tapi aku tahu, ini jalan hidup yg telah tertulis, tiada apa yg harus aku kesalkan. yg penting terus kuat dan teguh berdiri. tapi itu semua sekadar kata2 bagi membutakan pandangan kecil aku yg serba lemah menepis kenyataan yg aku sememangnya lemah. bibir aku petah berbicara, memberi dorongan semangat kpd mereka yg berasa dirinya lemah. cuba aku sedaya upaya menyembunyikan aku juga lemah! aku juga semakin longlai tidak bermaya. tapi apa lah daya aku, seorang insan biasa, yg cuba membuat semua gembira meski ada saja yg cela, ada juga yg sumbing. lumrah dunia, tiada apa yg sempurna bagi seorg yg bergelar insan.

hari ini, cuba aku luahkan segala rasa, segala isi yg menjadi sebahagian dlm diri. ya, aku mmg manusia lemah, sampai masa aku tersungkur, terjelopok hina sendirian. cuba aku menjerit memohon tgn yg mampu menghulur sedikit belas. tapi lolongan itu terlalu sayu, terlalu jauh utk didengari. hanya air mata yg mampu menjadi teman setiaku dlm sepi. aku puas seketika ditemani tangisan yg memujuk hati agar kembali tenang. tapi itu semua seketika cuma. sayu bertamu kembali, malah makin kuat, tidak pernah puas melihat aku tenang. kerana itu adalah perasaan yg sebenar, yg cuba aku sembunyi drpd tatapan khalayak. 

kadang2 aku hairan, kenapa manusia sukar memahami? atau hanya aku yg terlalu sukar utk difahami? barangkali aku ini makhluk yg dilahirkan dgn perilaku yg begitu aneh, sehingga sukar ditelus dan diperhalusi apa kehendak aku. kenapa pula ada saja insan yg sering menggangu damainya hidup aku? kenapa mesti ambil hak yg bkn milik kamu? aku mahu bahagia, bkn huru hara. ingin saja aku tingglkan dunia yg penuh benci, penuh emosi yg kacau bilau ini. aku ingin lari jauh2, meninggalkn segala yg membelenggu. akan aku hirup segala damai yg ada sehingga puas, lapang dada. aku ingin sekali memencil diri! 

tapi aku mengerti, bkn semudah itu. aku bknlah bacul yg pentingkan diri. bkn semudah itu aku melarikan diri. tapi emosi aku sudah membukit, menggunug malah! ingin saja aku pekakkan telinga, butakan mata, membiarkan bicara sumbang itu terus berlalu. aku hanya mahu pencil yg mendamaikan! tidak pernah terlintas sekalipn aku nk cabut lari. ya Tuhan, hanya pada Kau aku mengadu segala. hanya Kau saja yg maha mengerti segala sesuatu. 

aku masih tertanya2, adakah aku berhak memiliki bahagia? apakah erti bahagia yg sebenar? atau hanya aku yg buta, pura2 tak nampak bahagia di depan mata? ahh, terlalu banyak tanda tanya! aku kusut, fikiran semakin menyusut, semakin tidak tahu mana simpang yg harus aku pilih. tapi tak apa, aku akan terus memencil diri. itu adalah yg terbaik bagi aku. aku selesa begini, meski persimpangan yg ada semakin bercambah. bermakna, perjalanan semakin sukar. aku harus  berusaha memilih jalan yg terbaik, dan terus berdoa diberi bimbingan bila mana aku harus memilih..


Tuesday, November 16, 2010

picnic @ ulu yam

entri kali ni ditulis betul2 selepas tuan tanah blk dr berpiknik dengan keluarga terchenta. tak sempat nak hilang penat, terus je mengadap laptop nk berceloteh benda yang remeh semata. tak ada apa yg menarik, sekadar entri picisan semata juga. harap maaf kalau ada pembaca yg rasa meluat, boleh muntah kalau mau. oke, nak sambung cerita lg, hari ni buat kesekian kalinya family tuan tanah berkumpul beramai2 meski ada juga yg tak dapat ikot. apa2 pun it was fun! berpiknik di ulu yam, dr pagi ke tgh hari, bermandi tak henti2 sampai puas hati. tak ada yg lebih sesuai menggambarkan perasaan tuan tanah-seronok sangat! yg lain jgnlah jelez ye. sebaik je dlm perjalanan, hujan turun punya lah lebat. nasib baik masa mandi cuaca sgt lah cantik lg menarik. puas hati sgt! masa dlm perjalanan?? macam biasa lah, tidur nyenyak lah tuan tanah jawabnya! blk ni ada misi yg seterusnya, tuan tanah dah janji dgn mak nak tolong masak untuk hari raya esok. adoyai, minta2 ada lg kudrat yg tersisa. oke lah, ni je dulu ye. kpd korg, apa kata cuba ambil masa untuk luangkan bersama keluarga yg tercinta. mudah2an jalinan cinta dan syg akan terjalin lebih erat lg. selamatlah ye!


nah, sedikit moment yg best2 tadi:
hh













tak ada apa2 pun..

saja tuan tanah postkan entri yg kali ni. entri pertama setelah berada di rumah selama lebih kurang dua hari. jam dah pukul 1.35am, saja tak tidur lagi dan apa yg boleh dibuat dicari2. nah, entri ni lah hasilnya. rasannya nak cerita tentang sepanjang tuan tanah duduk kat rumah ni. rasanya tak ada pn yg menarik, semuanya bosan2 belaka, kosong cuma. masa yg lain2 sedang enak tidur, sedap dibuai mimpi, sy masih terkinja2 depan laptop mencari ilham. nak buat puisi baru tapi ilham tak singgah2 lagi. apa lg, ni lah bahananya. omelan kosong semata2.  kepada yg terbaca dan berasa bosan dengan entri kali ni maaflah ye. 

bebel lagi....

masa otw nk balik rumah, abah jemput naik van. konon macam lah banyak benor barang nak bawa kan. tp nak buat mcm mana, dah itu je kenderaan yang ada. sepanjang perjalanan, hujan kadang renyai, kadang turun mencurah selebat2nya. itu lah keadaan cuaca kat malaysia. tiba2 teringat pula kat negeri2 yang sedang dilanda banjir teruk. kesian... tambah2 lagi raya haji lagi beberapa hari je lagi nak tiba. mana pulak lah mereka nak tumbangkan lembu2 tu nanti. 

membebel lagi....

bercakap pasal raya haji, pejam celik dah nk raya lg, tapi raya haji je. yang pasti raya jenis ni tak lah semeriah raya puasa kan. kalau pergi tgk kat mana2 shopping kompleks pn, yg megah berdiri adalah pokok2 krismas yg dihias indah dgn segala alat dan objek yg bole digantung. semua tu menunjukkan sambutan krismas yg pada hal akan datang kemudian lepas raya haji. kesian raya haji, tak ada pula mana2 shopping complex yg nak buat coverage pasal beliau. tp kan agak2nya kalau lah raya haji diperlakukan serupa dgn raya krismas, agak2nya apa la yg shoping2 complex ni akan buat ye? letak replika org sembelih lembu kerbau sebelah pokok krismas?? ooowwhh... tidak2. sungguh extreme lagi sarkastik pula nanti. 

masih lagi nak membel...

sebenarnya, itu semua bukanlah persoalan utama yang harus kita persoalkan. raya haji a.k.a eiduladha bukanlah sebuah sambutan yg perlu dihebohkan dr aspek material dan "keseronokan" semata. kita harus faham apakah disebalik raya haji a.k.a eiduladha tu sendiri. rasanya tak perlulah tuan rumah nk jadi ustaz celoteh lebih lanjut pasal hal ni. semua pun barangkali hebat2 pemikirannya dan tahu apa yg cuba disampaikan. apa pun, selamat menyambut hari raya eiduladha buat semua, dan selamat menunaikan haji buat seluruh umat islam yg sedang dan bakal menunaikan haji nanti. 
rasanya eloklah sy berundur dulu. wassalam


Wednesday, November 10, 2010

say Alhamdulillah

mulai saat dan detik ini, tiada lagi perlu mengadap buku, tiada lagi perlu berfikir2 yg ilmu2, tiada lagi pegang pena  dan kertas, tiada lg dewan exam dan pengawas peperiksaan. akhirnya period yg membabitkan "final exam" dah pun tamat. tapi itu semua hanyalah utk semester ini sahaja! hrmmm.. bilalah agaknya semua ni nk bertitik noktah. tak larat dah rasanya nk melangkah ke kelas2, gendong beg berat2, bawa buku berbeban2! itulah kisah hidup yang perlu dilalui sbg seorang pelajar. perjalan masih jauh, semester utk kali ni dah pun bertemu titik noktahnya. alhamdulillah, pada pendapat tuan tanah semua berjalan lancar. kalau nk dibandingkan dgn sem2 yg lepas, sem ni bukanlah sem yg terbaik bg pencapaian dr aspek akademik, tp dari segi yg bukan akademik?? best gila!!hahaha. 

paper yg terakhir td, Science of Quran. pagi tadi sesudah je subuh, tuan tanah cepat2 ke meja study dan sambung menelaah apa yg patut. paper terakhir ni membuatkan perasaan bercampur baur. excited nk habiskan exam utk sem ni pun ada, gelabah sebab byk topik yg tak dapat nk difahamkan dgn baik pun ada. maklumlah, study last minute mcm ni lah jadinya. tambah2  lg, tak ada pulak sebarang hints utk paper kali ni. bertambah la mencungap2 jantung ini mengepam darah dek melihat nota2 yg berlambak2 utk dibaca! tapi apakan daya, usaha perlu diteruskan meskipun last minute. bak kata org mat saleh, late is better than never kan! 

masuk je dalam dewan, disebabkan risau yg mencucuk2 tajam dalam otak ini, tuan tanah tak tunggu apa2 arahan lagi,berlabuh je punggung atas kerusi, terus je selak kertas soalan yg ada atas meja. dah tak peduli apa yg tertera "do not open until u are asked to do so". alhamdulillah, Allah itu mmg sayangkan hambaNya! sy termasuklah salah sorg daripada mereka. semua soalan yg keluar dapat sy jawab, molek2 je soalan bertanyakan topik2 tuan tanah fokuskan. alhamdulillah..alhamdulillah.. usai je kerja goreng menggoreng siap (bukan goreng2 kosong tau!hehe), tuan tanah terus meninggalkan dewan dengan bertemankan senyuman lebar yg menggiurkan. rasa bersyukur yg tak terhingga!! 

ok, kita tinggalkan cerita exam yang dah lepas 2. apa2 pun semua dah lepas, apa pun keputusannya nanti akan ku terima dgn redha. sekarang masa utk berehat panjang, tak perlu fikir tentang pelajaran segala. buku2 yg ada tolak ke tepi dulu, tak pun bungkus je dalam kotak yg ada. lega sikit pandangan mata. tapi itu semua sementara, sem depan masih ada, menanti dengan penuh ghiarah akan kedatangan tuan tanah. belajar ni mmg tak akan pernah habis, selagi belum masuk kubur, belajar, belajar, dan belajar. bak kata org mat saleh, learning is a never ending process! 


"bahana exam"

Saturday, November 6, 2010

sighing effortlessly..

jam laptop menunjukkan tepat pukul 4.30am. mata aku masih buntang menelaah nota2. katil penuh dgn buku2 dan nota2 berkaitan psychology. esok exam psych! hrmm.. sebetulnya bukanlah paper psych yg aku risau2kan tp paper berikutnya- comparative politic (CP). beliau membuatkan aku tiba2 hilang mood nak study psych. kesian kau psych, salahkan comparative politic ok! belasah je dia. baru puas hati aku!haha. kejam gila. disebabkan CP, ku ketepikan pen, highliter dan buku segala. risau sedang berlegar bebas dalam otaku aku. mana taknya, carry mark aku sgtlah tidak memberi jaminan apa2. kalaulah aku bole hack sistem uia, mmg aku withdraw subjek 2 drpd record aku.hahaha. takot fail, nak study pulak malas dan tidak berminat. megah aku berbahasa sedemikian rupa. 

dear CP
can u please get lost from my life from now on?? i dont need u anymore, and im sure u also dont need me anymore rite? u know what?? one of the things that i regretted the most thruout this sem was buying u worth rm70++!! how i wish i can return u to the place where u shud be and get my money back!!. u'r not suppose to be in my bag, my rack, and even touch by me! but its ok, this upcoming monday will be our last date forever and ever! i hope! dont care if u wanna say that im so cruel to u or wat. u can go to h@#l!! 

waaaaa!!! rasa nak menangis je bila terkenang balik saat aku membuat keputusan utk major sains politik! tapi tak apa asrul, sem depan kau akan bermula dgn aliran fasa yg baru. aku bukan lagi student sains politik. heyy kau!! selamat jalan sains politik! sociology and anthropology yg ku syg, mari sini meh, akan aku belai2 manja kau. yang lain jgn jelez ok! 

maaf kepada semua pembaca yg membaca, entri kali ini berbunyi kejam dan sadis sedikit. emosi tuan tanah tak sestabil yg biasa. mau saja dihempas2 buku2 dan juga laptop ni kalau nk diikutkan hati. tarik nafaaaaaaass..... ok, dah lega sikit. berhenti dulu sambung study!
salam....



Tuesday, November 2, 2010

ibu, kenapa....

ibu
kenapa biar aku di sini?
kenapa biar aku seorang diri?
ini bukan yang aku impi
jamban busuk penuh tahi

aku ini benih cinta kamu
yang kau semai dalam rahimmu
kini berbuah kau biar tak menentu

ibu,
ini bukan tempat aku
ini bukan syurgaku
aku hauskan susumu
aku dahagakan kasihmu
aku mahu teman tidurku seorang ibu
bukan semut yang datang beribu
bukan lalat yang liar memburu

ibu,
mana ayahku?
mana janjinya yang ditabur dulu?
mahu hidup semati selalu
kenapa terlalu dungu?
telan semua janji palsu

aku merintih sayu
tapi semua diam membisu
aku perlukan hiraumu
tapi tak siapa pedulikanku

ibu, 
aku mahu sutera berbaldu menyelimuti
bukan hamparan hitam penuh jijik
bukan tong sampah penuh daki

biru merah tubuhku
aku raung dalam bisu
aku derita ibu!

ya Tuhan
kenapa manusia ini Kau beri padaku
bukan mereka yang aku mahu
tapi tak apa
akan aku nanti di pintu syurga
melihat ke arah sudut hina
melihat kamu, kamu, kamu!
yang tidak mengerti
kamu yang buta mata, buta hati, buta segala!


asrul mohamad
2.11.2010
08:47pm-10:12pm


p/s: puisi ini ditulis berdasarkan isu pembuangan bayi yg semakin rancak berlaku dewasa ini. puisi ini juga ditujukan khas secara amnya buat semua ciptaan Allah yg sgt indah tetapi tdk dihargai oleh manusia dan secara khusus buat bayi comel bernama "putri". semoga diri dan pekertimu seindah namamu..