Friday, November 26, 2010

bila yang indah itu khayalan cuma

pernahkah anda bermimpi utk hidup bermewah-mewah berseronok-seronok? sudah tentu bukan? kerana itulah manusia yang sentiasa inginkan keseronokan abadi, jauh dari segala sengsara dan derita yang datang bertubi-tubi. tentu sekali jika diberi pilihan, kita akan memillih hidup yang penuh keindahan dan kedamaian sepanjang masa. bagi tuan tanah sendiri, sama seperti insan2 lain yg punya mimpi dan angan2 yang tinggi menggunung. tapi kehendak dan situasi yang diimpikan mungkin berbeza. seperti zaman kanak2, keinginan untuk punyai keistimewaan yg sangat khayal menjadi idaman. lebih mudah, tuan tanah ingin sekali memiliki kehidupan yg penuh magis dan misteri. semua ini pastinya tidak lain dan tidak bukan untuk keseronokan yang nyata lagi jelas. cakap yg lain, agar hidup semudah ada kadabra, expecto petronum, stupify (harry potter) dan lain2. sebut saja mantera tersebut, maka termakbul segala kehendak termasuklah yg bukan2 barangkali. tentu sekali aneh untuk diterima akal yg waras. masakan perihal seumpama itu bisa terjadi bukan? itulah dia khayalan yg sering dimain-mainkan dan legar-legarkan dalam benak fikir ini. 

tetapi jika difikirkan, kenapa itu semua tidak terjadi? tentu sekali ada musabab disebalik perihal tersebut. cubalah kita bayangkan jika hidup semudah A,B,C atau 1,2,3 manalah letaknya erti cabaran dan usaha? haruskah dikhazafkan peribahasa2 ini- usaha tangga kejayaan, kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya dan lain2 yg seumpama dengannya. terbukti tiada keindahan mutual yang bisa bergolek datang dengan sendiri. 

tidak dinafikan, keindahan yang abadi itu sememangnya wujud, tetapi usaha perlu seiring demi mencapai makna sebenar keindahan hakiki. kita pasti akn tersenyum lebar melihatkan keindahan yang dicapai dalam pelbagai bentuk dan rupa apabila terkenang kembali usaha gigih yg telah kita taburkan. supaya tumbuh subur dan meliar seterusnya dapat kita tuai hasilnya dengan penuh rasa kesyukuran. pada mereka yang sering mengeluh apabila semaian mereka tidak menjadi, cuba fikirkan kembali sudah cukupkah usaha yg ditaburkan, periksa kembali benih gred apa yg disemai, baja apa pula yg digunakan....



No comments:

Post a Comment