Tuesday, November 2, 2010

ibu, kenapa....

ibu
kenapa biar aku di sini?
kenapa biar aku seorang diri?
ini bukan yang aku impi
jamban busuk penuh tahi

aku ini benih cinta kamu
yang kau semai dalam rahimmu
kini berbuah kau biar tak menentu

ibu,
ini bukan tempat aku
ini bukan syurgaku
aku hauskan susumu
aku dahagakan kasihmu
aku mahu teman tidurku seorang ibu
bukan semut yang datang beribu
bukan lalat yang liar memburu

ibu,
mana ayahku?
mana janjinya yang ditabur dulu?
mahu hidup semati selalu
kenapa terlalu dungu?
telan semua janji palsu

aku merintih sayu
tapi semua diam membisu
aku perlukan hiraumu
tapi tak siapa pedulikanku

ibu, 
aku mahu sutera berbaldu menyelimuti
bukan hamparan hitam penuh jijik
bukan tong sampah penuh daki

biru merah tubuhku
aku raung dalam bisu
aku derita ibu!

ya Tuhan
kenapa manusia ini Kau beri padaku
bukan mereka yang aku mahu
tapi tak apa
akan aku nanti di pintu syurga
melihat ke arah sudut hina
melihat kamu, kamu, kamu!
yang tidak mengerti
kamu yang buta mata, buta hati, buta segala!


asrul mohamad
2.11.2010
08:47pm-10:12pm


p/s: puisi ini ditulis berdasarkan isu pembuangan bayi yg semakin rancak berlaku dewasa ini. puisi ini juga ditujukan khas secara amnya buat semua ciptaan Allah yg sgt indah tetapi tdk dihargai oleh manusia dan secara khusus buat bayi comel bernama "putri". semoga diri dan pekertimu seindah namamu..

8 comments:

  1. puisi yang sangat menyentuh hati...
    semoga anak2 ini dilindungi oleh yang maha pencinta meski mereka dibuang oleh ibu bapa mereka sendiri.
    dan semoga mereka menjadi insan yg berguna kelak.
    jangan hukum anak ini kerna dosa dan kebodohan ibu bapa mereka.

    nice!perfect edit 4 d picture! black n white. boy n girl. :):)

    ReplyDelete
  2. i was deeply moved by this.. kalaulah ibu2 yg xberakal,jauh skli maruah 2 yg bce, alangkah baik'y...kalu xinsaf mmg bukan manusia..
    cube letakkn diri d tmpat bayi 2..nauzubillahi min zalik...
    -mola

    ReplyDelete
  3. anonymous 1> terima kasih..=)
    mudah2an erti kesedaran dpt mereka fahami..

    mola> terima kasih..=)
    itulah manusia, tak pernah bersyukur dgn apa yg dimiliki.

    ReplyDelete
  4. semoga ibu bapa mereka bertaubat dan menyedari mereka sebenarnya telah membuang 'benih cinta' yg telah mereka semaikan sendiri.

    putri tak akan pernah keseorangan kerna dia sentiasa bersama orang2 yg menyayangi dirinya.

    ReplyDelete
  5. mereka bukan sahaja membuang malah meracun dan meragut hak permata ini utk hidup di dunia ini..
    putri benih yg terselamat drpd kejam manusia, masih ada peuang utk terus mekar subur membuahkn impiannya..=)

    ReplyDelete
  6. insyallah..
    mereka sikit pun tidak bersalah dalam hal ni.
    dan semoga mereka dijaga dan dibentuk oleh insan yg dapat menjadikan mereka permata dan bukan 'sampah' seperti anggapan mak ayah mereka.

    ReplyDelete
  7. ameeen... ihsan mulai si penjaga harus dicontohi, moga lbh ramai yg mengasihi seperti ini.. syabas diucapkan kpd pemuda!

    ReplyDelete
  8. insyallah.
    hati mana yg tidak luluh saat menatapi muka bayi comel yg tiada secalit dosa.


    btw,thanks for everythng.. :)

    ReplyDelete