Saturday, November 20, 2010

ingin sekali memencil diri

hari terus berlalu, aku semakin kaku dengan segala yg berlaku. semua ini terlalu berat bg aku, tapi tiada lain yg harus ku lakukan selain harus aku tempuh. kadang2, hati aku kuat mengatakan dunia semakin tidak berlaku adil, hati aku kadang menjerit2 memekik yg keadaan memaksa aku jadi begitu. tapi aku tahu, ini jalan hidup yg telah tertulis, tiada apa yg harus aku kesalkan. yg penting terus kuat dan teguh berdiri. tapi itu semua sekadar kata2 bagi membutakan pandangan kecil aku yg serba lemah menepis kenyataan yg aku sememangnya lemah. bibir aku petah berbicara, memberi dorongan semangat kpd mereka yg berasa dirinya lemah. cuba aku sedaya upaya menyembunyikan aku juga lemah! aku juga semakin longlai tidak bermaya. tapi apa lah daya aku, seorang insan biasa, yg cuba membuat semua gembira meski ada saja yg cela, ada juga yg sumbing. lumrah dunia, tiada apa yg sempurna bagi seorg yg bergelar insan.

hari ini, cuba aku luahkan segala rasa, segala isi yg menjadi sebahagian dlm diri. ya, aku mmg manusia lemah, sampai masa aku tersungkur, terjelopok hina sendirian. cuba aku menjerit memohon tgn yg mampu menghulur sedikit belas. tapi lolongan itu terlalu sayu, terlalu jauh utk didengari. hanya air mata yg mampu menjadi teman setiaku dlm sepi. aku puas seketika ditemani tangisan yg memujuk hati agar kembali tenang. tapi itu semua seketika cuma. sayu bertamu kembali, malah makin kuat, tidak pernah puas melihat aku tenang. kerana itu adalah perasaan yg sebenar, yg cuba aku sembunyi drpd tatapan khalayak. 

kadang2 aku hairan, kenapa manusia sukar memahami? atau hanya aku yg terlalu sukar utk difahami? barangkali aku ini makhluk yg dilahirkan dgn perilaku yg begitu aneh, sehingga sukar ditelus dan diperhalusi apa kehendak aku. kenapa pula ada saja insan yg sering menggangu damainya hidup aku? kenapa mesti ambil hak yg bkn milik kamu? aku mahu bahagia, bkn huru hara. ingin saja aku tingglkan dunia yg penuh benci, penuh emosi yg kacau bilau ini. aku ingin lari jauh2, meninggalkn segala yg membelenggu. akan aku hirup segala damai yg ada sehingga puas, lapang dada. aku ingin sekali memencil diri! 

tapi aku mengerti, bkn semudah itu. aku bknlah bacul yg pentingkan diri. bkn semudah itu aku melarikan diri. tapi emosi aku sudah membukit, menggunug malah! ingin saja aku pekakkan telinga, butakan mata, membiarkan bicara sumbang itu terus berlalu. aku hanya mahu pencil yg mendamaikan! tidak pernah terlintas sekalipn aku nk cabut lari. ya Tuhan, hanya pada Kau aku mengadu segala. hanya Kau saja yg maha mengerti segala sesuatu. 

aku masih tertanya2, adakah aku berhak memiliki bahagia? apakah erti bahagia yg sebenar? atau hanya aku yg buta, pura2 tak nampak bahagia di depan mata? ahh, terlalu banyak tanda tanya! aku kusut, fikiran semakin menyusut, semakin tidak tahu mana simpang yg harus aku pilih. tapi tak apa, aku akan terus memencil diri. itu adalah yg terbaik bagi aku. aku selesa begini, meski persimpangan yg ada semakin bercambah. bermakna, perjalanan semakin sukar. aku harus  berusaha memilih jalan yg terbaik, dan terus berdoa diberi bimbingan bila mana aku harus memilih..


4 comments:

  1. cadangan saya, anda perlu memberi ruang pada diri sendiri..pergi lah ke suatu tempat yg dapat menenangkan fikiran.
    fikirkan apa yg anda inginkan, apa yg kejar dan apa yg anda cari dlm hidup ni.dan bila anda tahu apa yg anda inginkan, fight for it.

    kebahagiaan dtg beriringan dgn kita.cuma terkadang kita tidak sedar akan hadirnya kerana diri hanya focus pada apa yg kita targetkan.

    fight for life!fight for happiness!

    ReplyDelete
  2. stay cool stay cute!!
    (^_*)

    ReplyDelete
  3. boleh sy tnya? siapa muslim dlm hidup awk?

    ReplyDelete