Wednesday, November 10, 2010

say Alhamdulillah

mulai saat dan detik ini, tiada lagi perlu mengadap buku, tiada lagi perlu berfikir2 yg ilmu2, tiada lagi pegang pena  dan kertas, tiada lg dewan exam dan pengawas peperiksaan. akhirnya period yg membabitkan "final exam" dah pun tamat. tapi itu semua hanyalah utk semester ini sahaja! hrmmm.. bilalah agaknya semua ni nk bertitik noktah. tak larat dah rasanya nk melangkah ke kelas2, gendong beg berat2, bawa buku berbeban2! itulah kisah hidup yang perlu dilalui sbg seorang pelajar. perjalan masih jauh, semester utk kali ni dah pun bertemu titik noktahnya. alhamdulillah, pada pendapat tuan tanah semua berjalan lancar. kalau nk dibandingkan dgn sem2 yg lepas, sem ni bukanlah sem yg terbaik bg pencapaian dr aspek akademik, tp dari segi yg bukan akademik?? best gila!!hahaha. 

paper yg terakhir td, Science of Quran. pagi tadi sesudah je subuh, tuan tanah cepat2 ke meja study dan sambung menelaah apa yg patut. paper terakhir ni membuatkan perasaan bercampur baur. excited nk habiskan exam utk sem ni pun ada, gelabah sebab byk topik yg tak dapat nk difahamkan dgn baik pun ada. maklumlah, study last minute mcm ni lah jadinya. tambah2  lg, tak ada pulak sebarang hints utk paper kali ni. bertambah la mencungap2 jantung ini mengepam darah dek melihat nota2 yg berlambak2 utk dibaca! tapi apakan daya, usaha perlu diteruskan meskipun last minute. bak kata org mat saleh, late is better than never kan! 

masuk je dalam dewan, disebabkan risau yg mencucuk2 tajam dalam otak ini, tuan tanah tak tunggu apa2 arahan lagi,berlabuh je punggung atas kerusi, terus je selak kertas soalan yg ada atas meja. dah tak peduli apa yg tertera "do not open until u are asked to do so". alhamdulillah, Allah itu mmg sayangkan hambaNya! sy termasuklah salah sorg daripada mereka. semua soalan yg keluar dapat sy jawab, molek2 je soalan bertanyakan topik2 tuan tanah fokuskan. alhamdulillah..alhamdulillah.. usai je kerja goreng menggoreng siap (bukan goreng2 kosong tau!hehe), tuan tanah terus meninggalkan dewan dengan bertemankan senyuman lebar yg menggiurkan. rasa bersyukur yg tak terhingga!! 

ok, kita tinggalkan cerita exam yang dah lepas 2. apa2 pun semua dah lepas, apa pun keputusannya nanti akan ku terima dgn redha. sekarang masa utk berehat panjang, tak perlu fikir tentang pelajaran segala. buku2 yg ada tolak ke tepi dulu, tak pun bungkus je dalam kotak yg ada. lega sikit pandangan mata. tapi itu semua sementara, sem depan masih ada, menanti dengan penuh ghiarah akan kedatangan tuan tanah. belajar ni mmg tak akan pernah habis, selagi belum masuk kubur, belajar, belajar, dan belajar. bak kata org mat saleh, learning is a never ending process! 


"bahana exam"

3 comments:

  1. cntik la meja stdy 2..comel je tgk..kemas sb kecik..n elok2 letak kt sudut..bilik ak..hmpr separuh bilik diconquer oleh meja stdy je..haha..
    anway,tahniah krn da mula holiday~~
    -mola
    p/s:byk typo la dlm entri ni,hapy bebenor smpy type pn tsasul ke? haha!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. sbenarnya klu pandai membahagi n mnyusun atur ruang, ruang yg kecil pn bole jd menarik n kmas!huhu
    sorry, waktu entri ni ditaip, aku tgh x sht..

    ReplyDelete
  3. jgn slhkn ak..salahkn uia krn mndesign bilik sbgitu~~
    ak da spot lg typo ko..
    perjalan,n ghiarah.. lg stu, da ad 'usai' xprlula ad 'siap'..
    huhu~~

    ReplyDelete