Tuesday, November 16, 2010

tak ada apa2 pun..

saja tuan tanah postkan entri yg kali ni. entri pertama setelah berada di rumah selama lebih kurang dua hari. jam dah pukul 1.35am, saja tak tidur lagi dan apa yg boleh dibuat dicari2. nah, entri ni lah hasilnya. rasannya nak cerita tentang sepanjang tuan tanah duduk kat rumah ni. rasanya tak ada pn yg menarik, semuanya bosan2 belaka, kosong cuma. masa yg lain2 sedang enak tidur, sedap dibuai mimpi, sy masih terkinja2 depan laptop mencari ilham. nak buat puisi baru tapi ilham tak singgah2 lagi. apa lg, ni lah bahananya. omelan kosong semata2.  kepada yg terbaca dan berasa bosan dengan entri kali ni maaflah ye. 

bebel lagi....

masa otw nk balik rumah, abah jemput naik van. konon macam lah banyak benor barang nak bawa kan. tp nak buat mcm mana, dah itu je kenderaan yang ada. sepanjang perjalanan, hujan kadang renyai, kadang turun mencurah selebat2nya. itu lah keadaan cuaca kat malaysia. tiba2 teringat pula kat negeri2 yang sedang dilanda banjir teruk. kesian... tambah2 lagi raya haji lagi beberapa hari je lagi nak tiba. mana pulak lah mereka nak tumbangkan lembu2 tu nanti. 

membebel lagi....

bercakap pasal raya haji, pejam celik dah nk raya lg, tapi raya haji je. yang pasti raya jenis ni tak lah semeriah raya puasa kan. kalau pergi tgk kat mana2 shopping kompleks pn, yg megah berdiri adalah pokok2 krismas yg dihias indah dgn segala alat dan objek yg bole digantung. semua tu menunjukkan sambutan krismas yg pada hal akan datang kemudian lepas raya haji. kesian raya haji, tak ada pula mana2 shopping complex yg nak buat coverage pasal beliau. tp kan agak2nya kalau lah raya haji diperlakukan serupa dgn raya krismas, agak2nya apa la yg shoping2 complex ni akan buat ye? letak replika org sembelih lembu kerbau sebelah pokok krismas?? ooowwhh... tidak2. sungguh extreme lagi sarkastik pula nanti. 

masih lagi nak membel...

sebenarnya, itu semua bukanlah persoalan utama yang harus kita persoalkan. raya haji a.k.a eiduladha bukanlah sebuah sambutan yg perlu dihebohkan dr aspek material dan "keseronokan" semata. kita harus faham apakah disebalik raya haji a.k.a eiduladha tu sendiri. rasanya tak perlulah tuan rumah nk jadi ustaz celoteh lebih lanjut pasal hal ni. semua pun barangkali hebat2 pemikirannya dan tahu apa yg cuba disampaikan. apa pun, selamat menyambut hari raya eiduladha buat semua, dan selamat menunaikan haji buat seluruh umat islam yg sedang dan bakal menunaikan haji nanti. 
rasanya eloklah sy berundur dulu. wassalam


No comments:

Post a Comment