Friday, December 3, 2010

geram tambah kagum campur teringin

salam w.b.t.

siang tadi (02.12.2010),  tuan tanah keluar ke mid valley bersama seorang kawan. adalah sejemput aktiviti yang dilakukan. tapi yang bakal menjadi fokus untuk entri kali ini ialah momen semasa di MPH bookstore. masuk je ke kedai tu, tuan tanah terus menapak ke bahagian novel2. entahlah, akhir2 ni minat terhadap novel makin menjadi-jadi. tak tau kenapa.

nak dijadikan cerita, tuan tanah sibuk membelek-belek novel yang ada, singgah dari rak ke rak. mencari sesuatu. apa yang dicari? ha, tu ha... novel-novel karya faisal tehrani. itulah antara penulis novel yang plg tuan tanah "follow" sekarang ini. rasa geram tengok novel-novel karya beliau itu. beg dah ada, kalau ikutkan hati, mahu saja masukkan novel-novel FT itu ke dalam beg. opss!! HARAM ok! tak berkat. maklumlah sekarang ni musim tidak berduit. hasilnya, tenung je lah puas2 novel2 yang tersusun rapi kat situ. eh, tapi tuan tanah sempat membaca beberapa sinopsis novel. tuhan manusia, saasatul ibaad, dll.. dan yg terbaru, (belum ada lg di MPH tu) sedikit ekstrem drpd beliau "tiga kali seminggu". jadilah, itu je yang mampu dan sempat.

apa yang menarik tentang novel2 FT ini, baca tajuk dia pun dah cukup menarik. geram, seksi menggoda lagi menggiurkan. suurrrppp... (telan air liur). isinya pula? setakat ni semua yang dah dibaca mantap2 belaka. beyond the imagination! kagum sangat. bertuah FT sebab dianugerahkan kebolehan menghasilkan sesuatu sedemikian rupa. yang paling bagus, karya2nya bukanlah karya kosong. bukan picisan semata! sarat dengan isi. tak macam sesetengah karya murahan yg lain, balik2 pasal cinta o rindu manusia kpd manusia yang meleret-leret, merintih-rintih, entah bila nak habis. balik2 pasal benda yang sama. bosan!

melihat karya2 FT  dan beberapa karya agung yg bukan FT (sambil menjeling sinis ke arah rak yg tersusun novel2 picisan) tiba2 membuatkan tuan tanah teringin menjadi seperti mereka! teringin menjadi sebahagian drpd mereka yang memperjuangkan karya2 yg agung itu. bukan picisan yang pasti! moga2, impian yg masih angan2 ini boleh menjadi "sesuatu".ameeen

habis.

3 comments:

  1. perjuangkan minat anda itu..
    tiada yg mustahil dlm dunia ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. sila menabung dari sekarang,
    borong semua masa pesta buku,
    tangkap gambo skali dgn FT :D

    ReplyDelete
  3. anonymous> mudah2an...thnx!=)

    laiQa> rasanya x perlu kot borong semua..
    dah ada 1 sumber yg tepat utk meminjam..hehehe
    selebihnya mana yg xde, baru beli..hahaha

    ReplyDelete