Sunday, December 5, 2010

sketsa politik negara

salam w.b.t...

bukanlah niat tuan tanah untuk berceloteh malah berlagak nak jadi penganalisis politik untuk entri kali ini. cuma nak luahkan sedikit rasa kecewa juga tidak puas hati dengan sketsa politik di negara kita hari ini. tuan tanah bukanlah sejenis manusia yag begitu arif mengenai politik, malah jauh sekali untuk meminatinya. 

hari ini, (baru je tadi) tuan tanah sedang menonton buletin utama di tv3, tup tup, keluar pula wajah seorang makhluk tuhan yg bergelar pemimpin negara yang tuan tanah secara personally tidaklah begitu suka untuk menatapnya. cuma melekat kejap kerana tertarik dengan ucapannnya sempena perhimpunan apa, tuan tanah pun tak tahu dan tidak pula mahu ambil tahu. harap maaf. dalam ucapannya, mmg sarat dengan kritikan dan kutukan keras terhadap siapa lagi kalau bukan parti pembangkang negara.

sebelum itu, ingin tuan tanah ingatkan bahawa tuan tanah bukanlah penyokong ataupun pengikut mana2 parti di malaysia. sehingga ke saat ini masih lagi belum berfikir parti mana yang tuan tanah akan "pangkah" nanti. tunggu dan lihat je lah ye. jadi kepada pembaca yang barangkali drpd mana2 badan yg seumpama ISA harap take note ok. ini hanyalah sekadar pandangan yg general lagi umum.

oke, berbalik dengan isu tadi. apabila mendengar ucapan beliau tadi rasa panas, pedih dan perit telinga juga hati. bukan sebab beliau melemparkan kutukan o kritikan terhadap parti yg lagi satu tu, cuma rasa sedih dan kecewa dengan sikap pemimpin seperti itu. kadang-kadang, seperti seseorang yang mempunyai akal seperti seorang masih kanak2. lebih2 lagi bagi seorang pemimpin yg bergelar muslim. kenapa lah perlu dilemparkan kata2 sedemikian rupa lebih2 lagi kepada umum. bukankah itu satu contoh yg tidak baik kpd rakyat? mana perginya nilai2 kepimpinan yg sepatutnya diterapkan sebagai sorang pemimpin islam?

tidak dinafikan, kadang2 parti pembangkang juga sering melampiaskan kata2 yang tidak enak untuk didengar. lebih2 lagi bagi sebuah parti yg membawa title islam sebagai agenda utama perjuangannya. kadang2 tuan tanah rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. seperti perang yang entah bila akan berkesudahan. 

satu lagi hal, media massa pula lagaknya seperti saluran yang selfish kerana menjadi saluran yang menghebahkan lg hebahan2 seumpama itu. begitulah apabila kuasa dan wang menjadi pegangan. semua akan tunduk kepada pemiliknya. yang lemah pula, menjerit2 je lah secara underground. kemudian yang buruk2 habis dipampang buat tatapan umum, yang lagi satu pula cuma yg molek2 sahaja terlihat.

walau bagaimana pun, tuan tanah ingin berkongsi sedikit apa yang dapat tuan tanah lihat sebagai seorang yang tinggal di negeri selangor. rasanya semua pun tahu siapa yg mengepalai bahtera yang ini bukan. jadi tak perlulah nak sebut. personally, tuan tanah berasa bersyukur sangat kerana sejak pemimpin yang kali ini khusunya Dr Halimah, byk perubahan yg dapat tuan tanah lihat khusuhnya dlm bidang pendidikkan (hanya dapat fokuskan yg ini sebab tuan tanah lebih berminat terhadap pembangunan yg ini juga kerana pada pendapat tuan tanah perkara ini lah yg plg ptg dan harus diutamakan dahulu). bermacam2 program bagi melahirkan para remaja intelek yg berkualiti. contohnya adik tuan tanah sendiri menikmati tuisyen secara percuma. selalu juga tuan tanah lihat pelbagai banner yg mempromosikan program pembangunan insan khususnya remaja. bagus bukan? teringin nak join tapi tak ada masa.  kalau nk disebutkan satu persatu memang jenuh nak taip. apa kata buka saja portal yg kerajaan negeri selangor dan lihat betapa byk program pembangunan insan dan pendidikan yg dijalankan. 

yang terbaru ialah berkaitan tuntutan menentang penswastaan air di negeri selangor. bagi tuan tanah ini adalah satu usaha yg murni bagi memberi kemudahan buat rakyat. malangnya telah ditentang oleh sesetengah pihak. sedih bukan? 

secara jujurnya byk kebaikan yg tuan tanah dapat lihat semenjak pemerintahan kerajaan selangor yg baru ini berbanding yang lepas. ini hanyalah pendapat peribadi semata. tidak dinafikan, masih ada lagi ruang2 yg perlu diperbaiki oleh mereka. apa2 pun manusia mmg tidak lari daripada kesilapan. 

akhir kata, ingin tuan tanah tekankan lagi sekali bahawa, tuan tanah tidak sama sekali menyebelahi mana2 parti ok. tuan tanah tidak berminat dengan politik pun. jadi jauh sekali hendak berkempen. kita semua mampu berfikir dan membuat pilihan yg sekurang2nya hampir tepat meskipun belum ada lagi yg benar2 tepat. 

sekian....

No comments:

Post a Comment