Monday, January 31, 2011

ke kanan ke kiri

ke kanan ke kiri
ghairah melihat lalang tergedik-gedik
seakan girang menari-nari
sungguh indah sekali
terpana mata memerhati

ke kanan ke kiri
sungguh asyik sekali
hijau menjadi hamparan bumi
melata tumbuh terbentang permaidani
pohon rendang redup memayungi

ke kanan ke kiri
dihembus angin berbahasa budi
nyaman sekali
mengalun irama puisi
meresap jauh di sanubari

ke kanan ke kiri
di sana sini
subhanallah, anugerah ilahi
kurnia buat insani
nukilan kasih yang dirahmati

hari ini
ke kanan ke kiri
jenuh mencari-cari
payah diketemui
yang tinggal irama elegi
menyusun lagu nan sepi

hari ini
ke kanan ke kiri
semua halusinasi
bahana seterika bumi
bukit bukau digondoli
tak berlagu bumi menangisi

hari ini
ke kanan ke kiri
tangisan jernih diracuni
penuh sisa dan daki
sungguh jijik tak terperi
bumi menghamba abdi

ke kanan ke kiri
sibuk saling menyalahi
melentik-lentik menuding jari
hasil janaan transformasi
mencabul hak duniawi
tak sedar diri

ke kanan ke kiri
ke sana ke mari
di situ di sini
hei, malulah pada diri sendiri!


bumi punya hak. tapi manusia bodoh tak berotak. habis diragut segala tanpa berfikir sejenak.
aku malu!

Wednesday, January 26, 2011

padan muka

mari sini.
mari dekat.
aku punya satu cerita.
cerita yang bukan luar biasa.
cerita yang biasa-biasa.
yang biasa kau dengar di luar sana.

cerita yang ini,
aku yang punya diri.
terkandung kisah sendiri.
hingga kadang aku pun tak mengerti.

cerita ini tentang cinta.
cukup picisan nak jadi halwa telinga.
cukup mual nak dijamah selera.

mari sini aku sambung cerita.
berbunyi begini kisahnya;
cerita ini tentang insan bodoh tak geliga.
tak tahu apa cinta,
tapi sibuk nak merasa.
gatal nak mengada-ada.
nah, rasakan padan muka.

hey, aku bukan bola.
yang kau tendang ke sini sana.
hey, aku bukan kaca.
yang kau hempas sesuka rasa.
hey, aku bukan ikan.
yang macam nak habis nyawa.

tapi tak apa.
kisah ini memang derita.
tapi menggurui aku di hadapan masa. 
aku tahu suatu ketika,
kau juga akan sama merasa.
tiba masa,
aku pula berkata;
padan muka!



inilah cinta bodoh manusia. yang tek reti nak letak harga. tak tahu mahalnya cinta.

harap maklum

ya, anda masih melihat blog yang sama.
sengaja ditukar rupa, warna, dan sedikit isi.
muak dengan yang lama.
yang rasa keanak-anakan.
juga membosankan.
nah, inilah hasilnya.
suka? alhamdulillah.
tak suka? maaf, tak ada apa yang boleh saya katakan.
boleh beredar kalau mahu.
(muka tuan tanah masih senyum)


sebelum tu, ada sedikit peringatan.
tuan tanah mengalu-alukan kepada yang nak follow.
namun, tak perlu disuruh tuan tanah untuk follow anda balik.
hanya yang berkenan di hati akan difollow.
tuan tanah cukup besar, cukup faham, cukup tahu.
terima kasih sekali lagi.
(masih lagi dengan wajah senyum)
salam. wbt.

Tuesday, January 25, 2011

suatu interpretasi

semalam,
indah segalanya.
tak terhitung kurniaNya.
jangankan semua
tapi setiap yang ada.

hari ini,
masih lagi ada.
cuma tak semuanya nirmala.
perlu diteroka.
sudah puas baru jumpa.
lihat,
hari ini tak semudah semalam.

esok,
masih tiada yang pasti.
tapi semua sudah tersusun rapi.
teruskan melangkah kaki,
jangan sampai ketemu jalan mati.

mari,
tak perlu nak berbasa basi.
hayunkan impian yang membesi.
biar melayang tinggi di langit bumi.

yang ada kini,
mimpi yang harus dinikmati.
sama ada seronok atau ngeri,
rasakan sendiri.
baru nanti kan mengerti.

semalam, hari ini, esok.
suatu interpretasi.

BIMBINGAN BERKARYA - PUISI MODEN

salam w.b.t.
minat berkarya dan menulis puisi? nah, silakan menjamu selera mata:


Definisi Puisi Moden
Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu. 

Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba di atas memperlihatkan dua ciri utama puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca.

Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba  lebih merupakan definisi dari sudut pandangan seorang pengkaji. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan sekali gus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.

Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak ... curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang. S.T. Coleridge, juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik.

Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi.

Sejarah Awal Puisi Melayu Moden Secara Ringkas
Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah Omar Mustaffa. Puisinya bertajuk “Angan-angan dengan Gurindam’, disiarkan dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada puisi Melayu tradisional – pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu, iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik.

Sejak tersiarnya puisi yang memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya, berlaku semacam kekosongan dalam penghasilan puisi moden. Hanya pada awal-awal tahun 1930-an, kegiatan menulis puisi mula kelihatan jelas kembali. Ini berdasarkan puisi “O Sariku”, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan hati”,  dan “Ibuku”. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat.

Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali. Pelbagai tema dan persoalan yang dikemukakan oleh para penyair yang bersesuaian dengan zaman mereka dan harapan mereka tentang hidup dan kehidupan ini yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia dengan Pencipta, dan manusia dengan alam. Hal ini akan lebih jelas terlihat apabila alur sejarah pertumbuhan dan perkembangan puisi Melayu moden disusuri. 

Persediaan Menulis Puisi
Seseorang yang hendak menulis puisi haruslah pula mempersiapkan dirinya. Dia mestilah banyak membaca puisi, karya banyak penyair. Dengan ini, secara tidak langsung dia mempelajari puisi. Dia juga mestilah banyak membaca bahan bacaan yang lain untuk tujuan memperluas kosa kata dan mendapat idea untuk menulis puisi. Dia juga mestilah sering menghasilkan puisi sebagai latihan untuk menimbulkan keterampilan dalam penulisan puisi. Untuk itu, dia juga mestilah memiliki kesabaran dan bersedia untuk menyendiri. Semua ini merupakan sebahagian kecil tuntutan yang diperlukan sebagai persediaan untuk seseorang itu menulis puisi. 

Panduan Penulisan Puisi
Puisi yang bermutu ialah puisi yang mempunyai keseimbangan antara bentuk luaran dengan bentuk dalamannya. Keseimbangan inilah yang memberi keindahan bahasa dan keindahan makna pada sesebuah puisi itu. Oleh itu, seseorang yang hendak menulis puisi mestilah mengambil kira aspek keseimbangan ini.

Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.

Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej. Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik. Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikutsertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.

sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka.
masih tak faham? silakan bertanya.
rasa tak punya bakat? cuba dahulu barulah berasa-rasa.

p/s: tuan tanah masih calang dalam berpuisi. selalu pula sumbing dalam berbahasa. sering juga capik nak bertinta. tapi sekali sekala tak salah nak mencuba bukan? jadi silalah.

Saturday, January 8, 2011

between choices

there are roads to be taken
i walked them through
still searching
searching what life is
there are comas and question marks
decorated along the routes
await me to pass them through
i answered them all
i discovered some things 
those i dont have to learn in school
now, nothing to be regretted of
because i have chosen
right or wrong
i'll be told later
on my last route
after the fullstop is met.


Friday, January 7, 2011

masih lagi di sini

tarikh: 07.01.2011
masa: 06.31pm

salam w.b.t.

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah tuan tanah dahulukan sebagai pembuka kata untuk entri kali ini. buat kesekian kalinya, blog ini masih lagi diupdate setelah lama menyepi. ini merupakan entri tuan tanah yang pertama untuk tahun 2011. 
pada yg sama, entri yg pertama juga semenjak sem baru bermula. minggu ini sudah pun masuk minggu ke-4. maaf lah ye sebab lambat pula kata-kata nak tersusun pada muka laptop atau pc anda (bagi sesiapa yg membaca). tapi tak apa lah, yang penting tuan tanah masih lg bernafas untuk berkongsi sisa2 hidup yang ada dengan anda2 semua.

sebenarnya tiada apa pn yg boleh sy kongsikan bersama. cuma rasa terpanggil untuk mengupdate blog ini. nah, sekarang sudah terupdate bukan? maaf lah ye sekiranya apa yang ada tidak dapat memuaskan hati anda2 semua. 

tahun baru dah pun bermula, hari ni merupakan hari ke tujuh bagi tahun 2011 yang sedang rancak merangkak, bertatih, kemudian berjalan dan berlari laju mara ke hadapan. walau bagaimanpun, tuan tanah berharap sangat2 semua azam yang yang dihajatkan dapat tertunai dgn jayanya. kepada semua, tuan tanah juga mendoakan kejayaan anda semua di tahun yasng baru ni. semoga berjaya ye!

ok la, tuan tanah mmg tgh kekeringan idea nak berceloteh panjang. tinggal lah dulu ye.
wassalam....